Privacy Policy Banner
Privacy Policy Banner

PRIVACY POLICY

Pernyataan Privasi bagi KFin Technologies Malaysia

Click for Privacy Statement (EN | BM)

Terakhir Dikemaskini: 1 September 2025

Pengenalan

KFin Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd., syarikat pemegangan, subsidiari dan cawangannya di sini disebut sebagai 'KFintech,' 'kami' atau 'kita' komited untuk menghormati privasi dan pilihan anda. Pernyataan Privasi ini menggariskan amalan privasi kami berkenaan data peribadi yang kami kumpul dan proses selaras dengan peraturan privasi data yang terpakai. Bagi tujuan Pernyataan Privasi ini, semua terma yang digunakan mempunyai maksud yang sama seperti yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("APDP 2010") Malaysia.

Objektif

Di KFintech, kami percaya bahawa data peribadi anda bukan sekadar data, ia adalah soal kepercayaan. Pernyataan Privasi ini direka untuk memberi anda pemahaman yang jelas tentang amalan privasi kami berkenaan data peribadi yang kami kumpul dan proses tentang anda melalui pelbagai sumber. Tumpuan utama pernyataan ini adalah pada data peribadi yang kami kumpul dan proses melalui laman web kami yang berpautan dengan Pernyataan Privasi ini, termasuk www.kfintech.com/my/,mfs.kfintech.com/mfs/, ris.kfintech.com/, www.nps.kfintech.com/, www.kfintech.com/gfs/, www.globalbusinessservices.kfintech.com/, www.kfintech.com/private-wealth-management/, www.kfintech.com/alternate-investment-fund/ dan lain-lain (secara kolektif disebut sebagai 'Laman Web KFintech'). Kepatuhan kami terhadap prinsip-prinsip yang disebutkan di bawah dan komitmen untuk melindungi serta mengurus data peribadi yang anda kongsikan dengan kami secara bertanggungjawab kekal di seluruh KFintech. Bergantung kepada tujuan pemprosesan dan hubungan anda dengan kami sebagai subjek data, kami mungkin akan menyediakan Pernyataan Privasi tambahan yang disesuaikan mengikut keperluan.

Skop dan Kebolehgunaan

Skop Peryataan Privasi ini merangkumi data peribadi yang dikumpul, cara kami menggunakan atau memproses data peribadi tersebut, pihak penerima data peribadi tersebut, serta hak-hak anda yang berkaitan di bawah undang-undang dan peraturan privasi yang berkenaan, termasuk cara untuk melaksanakannya. Kebolehgunaan Penyataan Privasi ini adalah bersifat global, walau bagaimanapun maklumat tambahan tertentu mungkin relevan kepada anda bergantung kepada negara yang anda bermastautin. Terma tambahan berasaskan negara atau wilayah tersebut dinyatakan dalam pernyataan khusus mengikut wilayah di bawah.

1. Data Peribadi yang Kami Kumpul dan Proses

KFintech mengumpul data peribadi anda untuk menyediakan perkhidmatan dan mematuhi keperluan undang-undang. Kami mengumpulkan data peribadi yang anda berikan melalui cara-cara berikut:

Kami mungkin mengumpul kategori data peribadi berikut: -

2. Penggunaan Data Peribadi

Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk tujuan berikut: -

Asas Undang-Undang untuk Pemprosesan: Kami memproses data peribadi anda berdasarkan asas undang-undang pemprosesan di bawah: -

Kami memastikan bahawa semua aktiviti pemprosesan mematuhi prinsip umum minimisasi data dan had tujuan di bawah APDP 2010, menggunakan data peribadi anda hanya bagi tujuan yang ditetapkan dan dengan perlindungan yang sesuai.

Jika anda memilih untuk tidak memberikan data peribadi anda yang diwajibkan untuk memproses permintaan anda, kami mungkin tidak dapat memenuhi tujuan pemprosesan yang relevan, termasuk penyediaan sebarang perkhidmatan kepada anda jika berkenaan.

3. Cara & Dengan Siapa Kami Berkongsi Data Peribadi Anda

Kami mungkin berkongsi data peribadi anda di dalam KFintech, syarikat pemegangan, cawangan atau anak syarikatnya, rakan kongsi perniagaan yang sah, penyedia perkhidmatan, ejen pihak ketiga, juruaudit dan/atau pihak berkuasa kerajaan, di mana-mana yang berkenaan.

Data peribadi anda hanya akan dikongsi apabila perlu untuk menyediakan perkhidmatan kami, mematuhi kewajipan undang-undang, atau menyokong operasi kami. Kami menguruskan data anda secara bertanggungjawab seperti berikut:

Semua perkongsian data peribadi dijalankan dengan mematuhi undang-undang yang terpakai, memastikan data peribadi anda dilindungi dan hanya digunakan untuk tujuan yang dibenarkan.

4. Keselamatan

Kami mengekalkan amalan dan prosedur keselamatan yang munasabah termasuk penyulitan, pelayan di premis yang selamat dan kawalan akses yang ketat, untuk melindungi data anda daripada akses, pengubahan atau penzahiran tanpa kebenaran. Sebagai organisasi yang diperakui ISO 27001:2022, rangka kerja keselamatan kami direka untuk memastikan integriti, kerahsiaan dan ketersediaan data serta mematuhi amalan terbaik industri dan keperluan peraturan.

5. Penyimpanan dan Pelupusan Data

KFintech tidak akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang lebih lama daripada yang diperlukan bagi memenuhi tujuan yang digariskan dalam Pernyataan Privasi ini, melainkan tempoh penyimpanan yang lebih panjang diwajibkan oleh undang-undang atau bagi tujuan perniagaan sah yang berkaitan, seperti mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan yang diamanahkan oleh SC, LHDN atau pihak berkuasa pengawal selia lain.

Data peribadi yang tidak lagi diperlukan untuk disimpan mengikut keperluan undang-undang dan perniagaan akan dilupuskan dengan cara yang selamat. Kami sentiasa menyemak dasar dan amalan penyimpanan kami untuk memastikan ia sejajar dengan kewajipan undang-undang dan hak anda sebagai subjek data.

6. Pemindahan Data Antarabangsa

KFintech mungkin memindahkan data peribadi anda ke negara-negara di luar negara tempat tinggal anda kepada syarikat-syarikat dalam kumpulan KFintech atau pihak ketiga, termasuklah ke negara yang mempunyai standard perlindungan data yang berbeza daripada yang terpakai di negara atau wilayah tempat tinggal anda. Penyedia perkhidmatan kami terletak di seluruh dunia; walau bagaimanapun, lokasi utama adalah India, Bahrain, Malaysia dan lain-lain. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah dan sesuai selaras dengan undang-undang yang berkenaan semasa melaksanakan pemindahan tersebut.

Bagi Malaysia, Pematuhan dengan APDP 2010: Sebarang pemindahan data antarabangsa akan mematuhi keperluan APDP 2010, termasuk memastikan negara penerima mempunyai undang-undang yang pada dasarnya serupa dengan APDP 2010 atau yang berfungsi untuk tujuan yang sama; atau bahawa tempat tersebut memastikan tahap perlindungan yang mencukupi berkaitan dengan pemprosesan data peribadi yang sekurang-kurangnya setara dengan tahap perlindungan yang diberikan oleh APDP 2010.

7. Hak-Hak Anda sebagai Subjek Data

KFintech komited untuk menegakkan hak-hak anda sebagai subjek data di bawah peraturan privasi yang berkenaan, contohnya, APDP 2010 untuk penduduk Malaysia. Hak-hak ini memberi anda kuasa untuk mengawal data peribadi anda. Hak-hak anda sebagai prinsipal data mungkin berbeza bergantung kepada bidang kuasa yang terpakai untuk anda.

Tertakluk kepada undang-undang negara anda, anda mungkin mempunyai hak-hak tertentu sebagai subjek data termasuk tetapi tidak terhad kepada Hak Akses, Hak Pembetulan, Hak untuk Pemadaman, Hak untuk Menarik Balik Persetujuan (ini tidak akan menjejaskan kesahihan pemprosesan terdahulu sebelum penarikan balik anda), Hak untuk Penamaan (anda boleh menamakan individu lain untuk menggunakan hak-hak anda bagi pihak anda sekiranya anda meninggal dunia atau tidak berupaya), Hak untuk Membuat Aduan (anda boleh menyuarakan kebimbangan atau membuat aduan tentang amalan data kami, dan kami akan segera menanganinya).

Cara Menggunakan Hak Anda: Untuk menggunakan hak-hak anda, kami mungkin perlu meminta maklumat tertentu daripada anda untuk mengesahkan identiti anda dan mengesahkan bahawa anda diberi kuasa untuk menggunakan hak-hak tersebut dan mengakses data peribadi. Anda boleh menggunakan hak-hak anda dengan menghubungi kami di: Privacy.Malaysia@Kfintech.com

8. Privasi Kanak-Kanak

Laman web KFintech, produk dan perkhidmatan yang berkaitan, serta kandungan yang dihoskan, tidak bertujuan untuk kegunaan kanak-kanak.

Kami tidak mengumpul data peribadi kanak-kanak secara sengaja tanpa kebenaran ibu bapa yang boleh disahkan. Jika KFintech mengetahui bahawa seorang kanak-kanak telah menyerahkan data peribadi dalam talian tanpa kebenaran ibu bapa yang boleh disahkan, kami akan mengambil semua langkah munasabah untuk memadam data peribadi tersebut dari pangkalan data kami dan tidak akan menggunakan data peribadi tersebut untuk sebarang tujuan (kecuali jika perlu untuk melindungi keselamatan kanak-kanak atau orang lain seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang). Jika anda menyedari sebarang data peribadi yang dikumpul daripada kanak-kanak, sila e-mel kami di Privacy.Malaysia@Kfintech.com.

9. Laman Web yang Dipautkan

Amalan privasi kami berkenaan pemprosesan data peribadi yang kami kumpul dan simpan tentang anda melalui portal web dan aplikasi mudah alih kami akan mengikut dasar privasi portal-portal tersebut.

Apabila KFintech menyediakan pautan ke laman web atau perkhidmatan pihak ketiga, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap amalan privasi, notis, atau kandungan laman web pihak ketiga tersebut.

10. Pemberitahuan Insiden

Kami mengekalkan prosedur tindak balas insiden yang komprehensif untuk mengenal pasti, menilai, dan menangani sebarang potensi pelanggaran data peribadi dengan pantas. Pendekatan sistematik kami memastikan pengawalan segera, penyiasatan menyeluruh dan tindakan pemulihan yang pantas untuk melindungi data peribadi anda. Kami komited untuk komunikasi telus dengan pihak berkuasa kawal selia dan individu yang terjejas dalam tempoh masa berkanun, memastikan anda dimaklumkan tentang proses penyelesaian sambil melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah kejadian berulang. Pekerja kami menerima latihan berkala mengenai prosedur ini dan memahami dengan jelas tanggungjawab mereka dalam melaporkan insiden.

11. Kuki

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dasar kuki kami, sila klik di sini.

12. Cara Menghubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau kilanan berkaitan amalan privasi kami atau pengurusan data peribadi anda, sila hubungi kami di: -

13. Perubahan kepada Pernyataan Privasi Ini

KFintech komited untuk melindungi privasi pengguna laman webnya. Kami mungkin mengubah amalan privasi data dan mengemas kini Pernyataan Privasi ini apabila terdapat keperluan. Apabila kami membuat perubahan, kami akan:

Kami menggalakkan anda untuk menyemak Peryataan Privasi ini secara berkala agar sentiasa dimaklumkan tentang cara kami mengumpul, menggunakan, berkongsi, menyimpan, dan melindungi data peribadi anda. Penggunaan berterusan anda terhadap laman web, aplikasi mudah alih, atau perkhidmatan kami selepas notis yang dikemas kini disiarkan merupakan penerimaan anda terhadap terma-terma yang disemak semula. Pernyataan Privasi ini tidak mewujudkan sebarang kontrak ataupun hak undang-undang melebihi apa yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkenaan.

Pernyataan Privasi untuk Kategori Subjek Data Lain: -

1. Calon dan Pelajar Latihan

Notis Privasi terperinci akan diberikan apabila seseorang memohon pekerjaan atau latihan amali di KFintech melalui halaman kerjaya yang tersedia di Laman Web KFintech.

Kategori Data Peribadi yang Kami Proses: Nama calon, resume, kelayakan pendidikan, butiran berkaitan pekerjaan yang berkaitan dengan semakan latar belakang, butiran pengenalan diri kebangsaan (untuk negara terpilih) dan lain-lain.

Penggunaan Data Peribadi:

Asas Undang-undang Pemprosesan:

Kami memproses data peribadi anda apabila ia diperlukan untuk pelaksanaan kontrak di mana anda adalah pihak atau untuk mengambil langkah atas permintaan anda sebelum memasuki kontrak atau berdasarkan persetujuan anda mengikut undang-undang yang berkenaan.

Penerima Data/Boleh Diakses oleh:

Data anda mungkin boleh diakses oleh penerima dalaman yang diberi kuasa di dalam KFintech atau penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa yang menyediakan perkhidmatan kepada KFintech, rakan kongsi perniagaan, badan Kerajaan (di mana berkenaan), juruaudit (dalaman/luaran) dan pelanggan (di mana berkenaan) berdasarkan kewajipan kontrak.

Untuk rujukan kepada amalan privasi tambahan kami mengenai keselamatan data, penyimpanan, pemindahan (jika ada) dan membantu anda menggunakan hak anda seperti yang berkenaan, sila rujuk Pernyataan privasi global kami.

2. Pekerja dan Alumni

Notis Privasi terperinci akan diberikan semasa proses penyerapan (onboarding). Bagi alumni kami, notis privasi terperinci tersedia di sini:

Kategori Data Peribadi yang Kami Proses: Butiran hubungan, butiran tanggungan, butiran pengenalan peribadi, nama, kelayakan pendidikan, butiran berkaitan pekerjaan, butiran semakan latar belakang, butiran pengenalan kebangsaan (untuk negara terpilih), butiran rasmi, gaji dan pampasan, butiran tuntutan dan kewangan seperti cukai, butiran faedah seperti insurans perubatan, rekod prestasi dan pembangunan, maklumat akses digital dan IT termasuk maklumat yang kami peroleh daripada pemantauan penggunaan sistem rasmi kami, rangkaian (seperti yang dibenarkan oleh undang-undang), rekod perjalanan, butiran cuti dan kehadiran, nombor hubungan kecemasan dan lain-lain. Data peribadi atau sensitif yang dikumpul mungkin berbeza berdasarkan keperluan perniagaan entiti dan keperluan undang-undang sesebuah negara.

Penggunaan Data Peribadi:

Asas Undang-undang Pemprosesan: Kami memproses data peribadi anda berdasarkan asas undang-undang pemprosesan di bawah: -

Penerima Data/Boleh Diakses oleh:

Data anda mungkin boleh diakses oleh penerima dalaman yang diberi kuasa di dalam KFintech atau penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa yang menyediakan perkhidmatan kepada KFintech, rakan kongsi perniagaan, badan Kerajaan (di mana berkenaan), juruaudit (dalaman/luaran) dan pelanggan (di mana berkenaan) berdasarkan kewajipan kontrak.

Untuk rujukan kepada amalan privasi tambahan kami mengenai keselamatan data, penyimpanan, pemindahan (jika ada) dan membantu anda menggunakan hak anda seperti yang berkenaan, sila rujuk Pernyataan privasi global kami.

3. Pemegang Saham

Notis Privasi terperinci akan diberikan semasa proses penyerapan (onboarding).

Kategori Data Peribadi yang Kami Proses: Butiran pengenalan peribadi - Nama, ID E-mel, butiran hubungan, butiran bank, butiran penama, ID Pengguna, Kata Laluan, ID DP, butiran Folio, PAN, akaun Demat, status kediaman, status undang-undang, tarikh lahir, anggaran pendapatan dan lain-lain.

Data peribadi atau sensitif yang dikumpul mungkin berbeza berdasarkan keperluan perniagaan entiti dan keperluan undang-undang sesebuah negara.

Penggunaan Data Peribadi:

Asas Undang-undang Pemprosesan: Kami memproses data peribadi anda untuk mematuhi kewajipan undang-undang yang timbul daripada peraturan yang berkenaan.

Penerima Data/Boleh Diakses oleh:

Data anda mungkin boleh diakses oleh penerima dalaman yang diberi kuasa di dalam KFintech atau penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa yang menyediakan perkhidmatan kepada KFintech, rakan kongsi perniagaan, badan Kerajaan (di mana berkenaan), juruaudit (dalaman/luaran) dan pelanggan (di mana berkenaan) berdasarkan kewajipan kontrak.

Untuk rujukan kepada amalan privasi tambahan kami mengenai keselamatan data, penyimpanan, pemindahan (jika ada) dan membantu anda menggunakan hak anda seperti yang berkenaan, sila rujuk pernyataan privasi global kami.

4. Pelabur

Notis Privasi terperinci akan diberikan semasa proses penyerapan (onboarding).

Kategori Data Peribadi yang Kami Proses: Butiran pengenalan peribadi - Nama, ID E-mel, butiran hubungan, butiran bank, butiran penama, ID Pengguna, Kata Laluan, butiran folio/dana: ID DP, butiran folio, Nombor Akaun Kekal (PAN), akaun demat, status kediaman, tarikh lahir, dan lain-lain.

Data peribadi atau data peribadi sensitif yang dikumpul mungkin berbeza berdasarkan keperluan perniagaan entiti dan keperluan undang-undang sesebuah negara.

Penggunaan Data Peribadi:

Asas Undang-undang Pemprosesan: Kami memproses data peribadi anda berdasarkan asas undang-undang pemprosesan di bawah: -

Penerima Data / Boleh Diakses oleh: Data anda mungkin boleh diakses oleh penerima dalaman yang diberi kuasa di dalam KFintech atau penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa yang menyediakan perkhidmatan kepada KFintech, rakan kongsi perniagaan, badan kerajaan (di mana berkenaan), juruaudit (dalaman/luaran) dan pelanggan (di mana berkenaan) berdasarkan kewajipan kontrak.

Untuk rujukan kepada amalan privasi tambahan kami mengenai keselamatan data, penyimpanan, pemindahan (jika ada) dan membantu anda menggunakan hak anda seperti yang berkenaan, sila rujuk pernyataan privasi global kami.

5. Pelawat

Notis Privasi terperinci juga akan dipaparkan di kawasan pintu masuk pelawat di pejabat KFintech.

Kategori Data Peribadi yang Kami Proses: Nama pelawat, butiran hubungan, organisasi, butiran aset (jika ada), butiran pengenalan kebangsaan (untuk negara terpilih), tujuan dan tarikh lawatan, gambar dan imej serta video CCTV, maklumat berkaitan IT termasuk maklumat yang kami peroleh daripada pemantauan penggunaan sistem rasmi dan rangkaian kami (seperti yang dibenarkan oleh undang-undang).

Data peribadi atau data peribadi sensitif yang dikumpul mungkin berbeza berdasarkan keperluan perniagaan entiti dan keperluan undang-undang sesebuah negara.

Penggunaan Data Peribadi: -

Asas Undang-undang Pemprosesan: Kami memproses data peribadi anda berdasarkan tujuan kepentingan sah yang diperlukan oleh kami atau berdasarkan persetujuan anda di mana diperlukan, mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Penerima Data/Boleh Diakses oleh: Data anda mungkin boleh diakses oleh penerima dalaman yang diberi kuasa di dalam KFintech atau penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa yang menyediakan perkhidmatan kepada KFintech, rakan kongsi perniagaan, badan Kerajaan (di mana berkenaan), juruaudit (dalaman/luaran) dan pelanggan (di mana berkenaan) berdasarkan kewajipan kontrak.

Untuk rujukan kepada amalan privasi tambahan kami mengenai keselamatan data, penyimpanan, pemindahan (jika ada) dan membantu anda menggunakan hak anda seperti yang berkenaan, sila rujuk pernyataan privasi global kami.

6. Vendor

Kategori Data Peribadi yang Kami Proses: Nama vendor, butiran hubungan, ID e-mel, organisasi, PAN dan butiran berkaitan cukai, butiran kewangan.

Data peribadi atau sensitif yang dikumpul mungkin berbeza berdasarkan keperluan perniagaan entiti dan keperluan undang-undang sesebuah negara.

Penggunaan Data Peribadi: -

Asas Undang-undang Pemprosesan: Kami memproses data peribadi anda untuk pelaksanaan kontrak di mana anda adalah pihak atau berdasarkan persetujuan anda di mana diperlukan mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Penerima Data / Boleh Diakses oleh: Data anda mungkin boleh diakses oleh penerima dalaman yang diberi kuasa di dalam KFintech atau penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa yang menyediakan perkhidmatan kepada KFintech, rakan kongsi perniagaan, badan Kerajaan (di mana berkenaan), juruaudit (dalaman/luaran) dan pelanggan (di mana berkenaan) berdasarkan kewajipan kontrak.

Untuk rujukan kepada amalan privasi tambahan kami mengenai keselamatan data, penyimpanan, pemindahan (jika ada) dan membantu anda menggunakan hak anda seperti yang berkenaan, sila rujuk pernyataan privasi global kami.

Pernyataan Privasi Khusus Kawasan: